Thursday, 3 July 2014

PEMAIN TENIS NOMBOR SATU DUNIA, RAFAEL NADAL KALAH MENGEJUT KEPADA ANAK KACUKAN MELAYU

Keraguan Norlaila Dorong Kyrgios Kalahkan Nadal

MELBOURNE : Keraguan ibunya terhadap keupayaannya untuk mengalahkan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal telah mendorong Nick Kyrgios mencipta kemenangan mengejut ke atas pemain terkemuka dunia itu di Wimbledon malam Selasa.

Nick (tengah) bersama (dari kiri) bapanya, George, Norlaila (ibu), Christos (abang) dan adiknya, Halimah.

Remaja itu memberitahu Australian Associated Press (AAP) beliau terkejut apabila membaca temubual dari Canberra yang ibunya Norlaila yang dilahirkan di Kuala Lumpur memperkecilkan peluangnya dalam pertemuannya dengan Nadal di pusingan keempat.

"Malam tadi, saya membaca komen yang beliau fikir Rafa terlalu bagus untuk saya. Ia membuatkan saya marah.

"Saya hanya percaya diri sendiri dan saya yakin boleh mencipta peluang dan saya lakukannya dalam keadaan tertekan," kata Kyrgios selepas kemenangan 7-6 (7-5) 5-7 7-6 (7-5) 6-3 pada Selasa.

Kyrgios datang dari keluarga yang mempunyai hubungan erat. Ibunya dan abangnya Christos, seorang peguam berada di Canberra semasa kejohanan, sementara bapanya George dan adiknya, Halimah, seorang pelakon berada di Wimbledon.

Ditanya apa yang akan dikatakan kepada ibunya selepas kemenangan itu, Kyrgios berkata: "Saya akan menghantar beliau muka senyuman".

Halimah duduk di sebelah bapanya dalam keadaan resah sepanjang pertarungan tiga jam itu.

Beliau berkata, beliau dan bapanya yakin dengan peluang Nick dan menyaksikannya menyinar di kejohanan terbesar, merupakan pengalaman yang penuh emosi.

"Saya menangis, secara jujur, saya tidak pernah begitu teruja dan terharu pada masa yang sama. Dia mempamer permainan terbaik yang pernah saya saksikan," kata Halimah kepada AAP.

Beliau berkata, beliau tidak akan terkejut melihat abangnya mencipta kejayaan.

"Dia sukakan penonton dan saya fikir itu satu cara membantunya menang," katanya.

AAP melaporkan dalam menentang pemain terbaik sepanjang masa itu, Nick Kyrgios membuat persembahan yang sukar dilupakan.

Bekas juara John McEnroe dan Pat Cash percaya Kyrgios boleh mencontohi Boris Becker yang menang kejuaraan Wimbledon ketika berusia remaja.

Nadal pula menyifatkan kekalahannya sebagai sukar diterima kerana beliau kehilangan servis hanya sekali.

"Di atas permukaan gelanggang seperti ini, bila dia serve dan pukul setiap bola dengan kuat, anda akan bermasalah. Saya tidak fikir saya bermain seteruk itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya," kata pemain pilihan kedua itu.

No comments:

Post a Comment