Thursday, 3 July 2014

PANJAT BANGUNAN PENCAKAR LANGIT HANYA DENGAN 'TULANG EMPAT KERAT' BERSAMA NOTA 'HAPPY RAMADHAN' DAN 'FELIXIA WELCOME TO ISLAM'


Untuk membuktikan “Malaysia Boleh” seorang lelaki telah memanjat bangunan setinggi 36 tingkat tanpa peralatan yang lengkap sejurus itu ia membuktikan yang dia pun sehebat Spiderman Perancis Alain Robert.

Dengan hanya memakai sandal, baju T, seluar pendek dan beg sandang serta kamera Go Pro, lelaki yang berusia 26 tahun ini telah memanjat bangunan Sentrum di Brickfields.

Beliau sebenarnya telah melakukan panjatan ini kerana telah mendapat tahu yang ada Spiderman luar yang merancang untuk memanjat bangunan ini. Jadi bagi membuktikan semangat Malaysia Boleh maka dia terlebih dahulu memanjat bangunan tersebut.

Bagaimanapun dia telah memilih untuk tidak mendedahkan identitinya. Walaupun begitu, dia sebenarnya dikenali di laman sosial. Terdapat banyak juga gambarnya yang sedang memanjat bangunan itu dua hari lalu yang telah dimuat naik ke akaun Facebook dia termasuklah juga gambar selfie bersama anggota polis yang menangkapnya.


Ketika panjatan itu dilakukan, dia hanya sempat mengibarkan Jalur Gemilang apabila sampai di bumbung bangunan tersebut sebelum dia ditahan polis.

Menurutnya juga, dia turut membawa beberapa nota bersama untuk dijadikan kenangan diatas bangunan tersebut tetapi malangnya tidak sempat untuk mengambil gambar kerana kesuntukan masa.

Nota tersebut ialah “Happy Ramadhan” untuk kita umat Islam  dan “Felixia Welcome To Islam” khusus kepada Felixia Yeap yang akan memeluk agama Islam. - SiakapKeli.com



sumber :  www.siakapkeli.com

No comments:

Post a Comment