Monday, 14 July 2014

AL-QASSAM 'MENGGANAS', ISRAEL 'KETAKUTAN'....


Semalam pada jam 9 malam (waktu Gaza) 2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam melancarkan roket terbaru mereka iaitu Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.


Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome milik Israel untuk mematahkan serangan mereka.

Roket-roket mula dilancarkan. Siren dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir seperti takbir hari raya. Bunyi letupan berlaku di banyak tempat.

Israel panik dan huru-hara apabila Iron Dome mereka tidak dapat menghalang roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam itu. 4 letupan kedengaran. 

Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena mereka sendiri sehingga ada rumah yang hancur. Bunkers dipenuhi manusia sehingga sesak. Hospital menerima pesakit yang sangat ramai.

Malah ada pelancong Amerika yang begitu terkejut dengan bunyi siren lalu mati di tempat kejadian.
Zionis begitu terkejut dengan kekuatan roket terbaru milik Al-Qassam. Kata mereka, "Hamas telah melakukan apa yang tidak pernah dilakukan negara-negara Arab selama ini."

Mereka ketakutan.

Kini lapangan terbang Ben Gurion penuh sesak dengan warga Israel yang mahu segera meninggalkan Israel.
Hamas melaporkan mereka berjaya melancarkan 10 buah roket J80. Mereka dijangka melancarkan lagi serangan selepas ini.

Media Israel melaporkan, sudah 208 warga Israel yang disahkan cedera semenjak awal peperangan.
Sumber berita (Arab) : Shehab, Quds News Network, Ghazzah Al-Aan.

*Digalakkan untuk share agar ramai tahu cerita ini.
**Gambar menunjukkan roket J80 milik Hamas meluncur laju di bandar Tel Aviv.

Penulis : Wan Muhd Usaid

No comments:

Post a Comment