Thursday, 19 June 2014

JUARA DUNIA YANG GAGAL - SEPANYOL

spainmundo

RIO DE JANEIRO - Penyingkiran awal juara bertahan, Sepanyol mencipta kejutan global, awal pagi ini selepas skuad bergelar La Roja itu begitu kukuh mendominasi pentas bola sepak selama enam tahun sejak 2008.


Kekalahan mengejut 0-2 kepada Chile dalam saingan Kumpulan B juga menerima kecaman dari media di negara berkenaan yang seperti tidak dapat menerima berita memalukan itu ketika anak didik Vicente Del Bosque itu hadir di Brazil dengan himpunan bintang tersohor berbanding 31 negara lain pada edisi kali ini.

“World failure” kata tajuk akhbar surat khabar ternama di Sepanyol, El Mundo, awal pagi ini.

spainmundo2

Satu lagi akhbar harian popular di Sepanyol, Marca boleh menyebut, “Failed!” atau gagal kepada skuad negara itu.

Ia menambah: “Satu saat menyedihkan untuk juara piala dunia berundur secara begini.”

Sepanyol hadir di Piala Dunia kali ini selaku pasukan pilihan selepas kempen kelayakan dan ramai menganggap mereka dapat mempertahankan status mereka.

Tapi, sebaliknya mereka pulang menanggung aib dan menyertai pasukan Itali (1950 dan 2010), Brazil (1966) dan Perancis (2002) selaku juara bertahan yang disingkirkan pada pusingan pertama kejohanan.

“Ia hari paling sedih untuk bola sepak Sepanyol,” kata Vicente del Bosque selepas perlawanan itu.

Jurulatih veteran itu juga memberi isyarat awal ada masalah dalam kem Sepanyol apabila menggugurkan pemain tengah veteran, Xavi dan pemain pertahanan, Gerard Pique.

Tapi keputusan dia mengekalkan penjaga gol, Iker Casillas, yang kurang menyerlah mengundang masalah untuk cabaran pasukan apabila kapten berkenaan didakwa menjadi punca kepada gol kedua Chile pada babak pertama. – Agensi

***Nak buat macam mana...bola itu bulat!  

No comments:

Post a Comment