Thursday, 19 June 2014

CAMEROON TEWAS DENGAN AKSI MEMALUKAN...

cameroon-tersingkir-dengan-cara-memalukan-

Croatia menghidupkan peluang mereka untuk melepasi Kumpulan A apabila membelasah Cameroon yang beraksi dengan 10 pemain dengan keputusan 4-0.
Ini bermakna pertemuan dengan Mexico selepas ini menjadi misi wajib menang anak buah Croatia. 

Cameroon seharusnya malu dengan penampilan mereka dalam edisi kali ini yang terjejas dengan masalah dalaman mereka sehingga berlarutan dalam padang. 

Selepas Ivica Olica membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Cameroon menamatkan separuh masa pertama dengan kurang seorang pemain akibat sikap baran Alexandre Song yang membawa padah. 

Pada minit ke-40, pemain tengah Barcelona itu diarahkan meninggalkan padang selepas dilihat menumbuk belakang Mario Mandzukic. 

Croatia menambah tiga gol lagi pada separuh masa kedua menerusi Ivan Perisic (m48), Mandzukic pada m61 dan m73.

Jika bukan kerana banyak peluang dipersiakan, Croatia sepatutnya menang dengan jumlah lebih besar. 

Malah para pemain Cameroon mencerminkan sikap tidak harmoni dalam kem itu apabila Benoit Assou-Ekotto dilihat bertelagah dengan rakannya, Benjamin Moukandjo di penghujung perlawanan.


SUMBER (edited)

No comments:

Post a Comment