Wednesday, 9 April 2014

BANGKITKAN SPEKULASI CIA DALANG KEHILANGAN #MH370, BEKAS DUTA AS KE MALAYSIA BERI AMARAN KERAS !!!


Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

“Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

“Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.

“Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

“Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

“Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.

Tulisan bertajuk ‘CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan kelmarin dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment