Wednesday, 9 April 2014

APA KE JADAHNYA MP PEMBANGKANG BAWA ANAK KECIL MASUK DEWAN RAKYAT ???!!!


Macam-macam pandangan rakyat bila 5 ahli parlimen pembangkang membawa anak kecil mereka ke Dewan Rakyat. Isunya tak besar manapun. Mereka cuma nak menuntut lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak diwujudkan di tempat kerja. 

Susah sangat ke nak terangkan tuntutan tersebut dalam dewan? Mungkin mereka ini jenis yang tak berapa fasih atau tak faham nak terangkan kepada dewan kehendak dan tuntutan mereka dalam Bahasa Melayu, maka itu terpaksalah mereka membawa anak-anak kecil mereka.

Dan MP DAP Kulai ini boleh pulak bawak masuk babynya sampai ke tempat duduk dalam Dewan Rakyat untuk bergambar. Apakah tindakan beliau ini mendapat kebenaran dari pihak Dewan Rakyat? Kalau hari ini MP DAP ni bawak anak ke dewan semata-mata nak menunjukkan betapa perlu disediakan tempat untuk anak-anak mereka bersama kerana kesibukan mereka bekerja, tak mustahil suatu hari nanti mereka juga menuntut disediakan tempat untuk mereka buat anak kerana alasan sibuk bekerja juga!!! 

No comments:

Post a Comment