Monday, 24 March 2014

SIMULATOR PILOT #MH370 HANYA 'PENERBANGAN KHAYALAN' SAHAJA


Kuala Lumpur : Simulasi penerbangan milik juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang hilang sejak 8 Mac lalu hanya permainan video untuk hiburan semata-mata, sekali gus ia ‘penerbangan khayalan’.

Pengarah SimFlightKL Kapten Amin Said berkata, penelitiannya terhadap perisian serta perkakasan komputer digunakan Zaharie mendapati ia hanya memenuhi syarat untuk permainan video semata-mata selain pembelajaran. 
“Ia tidak boleh dibandingkan dengan model simulasi dimiliki sekolah penerbangan yang jauh lebih sukar atau kompleks piawaiannya. 

“Mungkin inisiatif Zaharie membina struktur berkenaan yang kelihatan umpama replika di dalam kokpit pesawat membuatkan ia dilihat satu kecenderungan luar biasa oleh orang awam,” katanya.

Foto
KAPTEN Amin (kanan) dalam model simulator.
Akhbar sebelum ini melaporkan, simulator Zaharie antara disiasat dan hasil siasatan awal mendapati maklumat dipadam dalam simulator milik Zaharie.
Ia data log daripada tiga jenis perisian permainan penerbangan iaitu ‘flight simulator X’, ‘flight simulator 9’ dan ‘X flight 10’. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik berkata, hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadam pada 3 Februari lalu. 

Simulator itu diambil pada 16 Mac lalu dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi petunjuk bagi mencari pesawat itu. 

Pada masa sama, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis simulator Zaharie. 

Menurut Amin, untuk memiliki simulasi penerbangan sebenar bagi kegunaan juruterbang, perisiannya saja menelan kos bermula daripada RM500,000. MyMetro

No comments:

Post a Comment