Friday, 14 March 2014

#MH370 - VIETNAM SEMAKIN LEMAH, OPERASI MENCARI MH370 BERALIH KE LAUTAN HINDI.....

vietnam


Salah seorang juruterbang tentera udara Vietnam ketika melakukan penerbangan dalam usaha mencari MH370 yang hilang. -foto AFP

PHU QUOC : Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Trafik Udara Doan Huu Gia pada Khamis masih bingung berhubung apa yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan wartawan di Pulau Phu Quoc.


Pihaknya masih tidak dapat mencari apa-apa petunjuk mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyatakan bahawa pesawat telah terbang melalui Laut China Selatan di mana pasukan tentera Vietnam telah menjalankan penyiasatan, beliau berkata: “Anda harus bertanya kepada Malaysia.”

Tidak lama selepas itu, sidang akhbar berakhir, meninggalkan wartawan tertanya-tanya jika Vietnam akan mengurangkan usaha pencarian kerana usaha pencarian multinasional itu diarahkan menjalankan siasatan ke Lautan Hindi, jauh dari perairan Vietnam.

Justeru, kekuatan di Phu Quoc, sebuah pulau di luar pantai selatan Vietnam menjadi lemah.

Ia adalah kawasan di mana penerbangan MH370 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal kali terakhir dikesan pada radar sebelum hilang pada pagi Sabtu.

Awal minggu ini, gerombolan media asing telah turun di lapangan terbang baharu di mana kerajaan Vietnam telah menubuhkan pusat penyelarasan untuk pasukan penyiasat udara dan laut multinasional yang menjalankan usaha mencari berhampiran Laut China Selatan.

Tidak biasa mendapat perhatian seperti itu, media tempatannya telah memberi perhatian terhadap media asing, menulis laporan mengenai ketibaan mereka dan bagaimana kerajaan Vietnam telah melakukan yang terbaik untuk memudahkan kemasukan mereka.

Ia merupakan satu peluang untuk Vietnam untuk menunjukkan sisi kemanusiaannya kepada dunia selepas laporan buruk akhbar baru-baru ini tentang negaranya.

Timbalan Perdana Menteri Hoang Trung Hai telah mengarahkan usaha mencari siang dan malam.

Pegawai tertinggi lain melakukan pencarian di kawasan pergunungan Phu Quoc yang terkenal dengan sos ikannya yang enak dan projek infrastruktur untuk meningkatkan kunjungan pelancong.

Timbalan Menteri Pengangkutan Pham Quy Tieu dan timbalan komander tentera udara Do Minh Tuan serta timbalan komander tentera laut Le Minh Thanh bergilir-gilir memberi taklimat kepada media mengenai selok-belok Laut China Selatan.

Pada Rabu, hampir berlaku rempuhan apabila lebih 50 wartawan bergegas ke dalam bilik taklimat untuk mendapatkan sudut pandangan yang terbaik. Cahaya kamera silih berganti setiap kali kapal terbang laut atau helikopter berlepas dari landasan yang berhampiran.

Tetapi semangat semakin pudar kerana usaha tidak mendatangkan sebarang hasil.

Vietnam, pada suatu ketika memperluaskan pencarian dengan meninjau kawasan pedalaman dan hutan yang meliputi kedua-dua wilayah selatan Ca Mau dan Kien Giang dari udara.

Pada Khamis, Doan diarahkan untuk mengendalikan kubu di Phu Quoc selepas kebanyakan media tempatan telah dihantar keluar dan yang tinggal hanyalah media antarabangsa dan kontinjen China yang besar.

Ditanya berapa banyak yang telah dibelanjakan Vietnam untuk usaha mencari, beliau dengan sedikit emosi berkata: “Kami perlu menanggung kos tertentu, tetapi melakukan ini atas sebab kemanusiaan.” – ANN / The Straits Times /-Mstar.

No comments:

Post a Comment