Friday, 14 March 2014

#MH370 - PENCARIAN SEMAKIN MENGELIRUKAN....


1. Sebelum ini timbul persoalan tentang signal MH370 yang hilang daripada radar. Maka ramai yang speculate tentang transponder kapalterbang Boeing 777-200ER.


2. Lihat video di bawah : 



3. Sebelum ini juga terdapat dakwaan bahawa satelit negara China telah mengesan objek yang disyaki MH370. Baca sini

4. Bagaimana pun, DS Hishammuddin Hussein telah menafikan perkara tersebut  
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.
5. The Wall Street Journal pula melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain."




6. Bagaimana pun, kerajaan Malaysia telah menyangkal dakwaan tersebut. 
Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. 
Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat. 
Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu.
7. Sekarang terdapat pula spekulasi bahawa kapal terbang MH370 di bawa ke pengkalan tentera US di Lautan Hindi!




8. Laporan berita ini disiarkan oleh media asing Cabal Times. Menurut portal tersebut :
Diego Garcia is the strongest US military-air force base in the Indian Ocean. It served as a forwarding base in almost all American conflicts in the Gulf and in Afghanistan. 

It was also a transit venue for the infamous “extraordinary renditions.” It possesses formidable radar capabilities, as well as several airstrips. And large hangars that can hide aircraft. To quote a commenter on a pilot’s website who believed the plane was in Diego Garcia. more





8. Bagaimana pun, dakwaan Cabal Times diragui kerana route kapalterbang sudah pasti dapat dikesan oleh radar negara-negara yang berdekatan. Selain daripada itu :
"Kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi (Sabtu) yang menunjukkan bahawa semuanya normal," kata DS Hishammuddin.
"Rolls-Royce dan pengeluar Boeing bekerjasama dengan MAS serta pasukan penyiasat sejak Ahad lalu. Isu ini tak pernah dibangkitkan. 
"Bila ada maklumat baru, mereka berkolaborasi. Berhubung laporan ini, MAS telah dapatkan maklumat terperinci dari Rolls-Royce dan pasukan Boeing tentang data itu. Mereka mengesahkan laporan itu tidak tepat," katanya. 
Perkara sama turut dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya. 
"Berdasarkan rekod kami, 'last transmission' adalah 1.07 pagi. 
"Ia tidak terbang melebihi tempoh itu," katanya.

9. 




10. Seperkara lagi, portal terkenal International Business Times telah membuat satu laporan bodoh dan menjatuhkan imej portal tersebut tentang MH370.

11. Anda baca laporan tersebut : Klik Sini

No comments:

Post a Comment