Saturday, 15 March 2014

#MH370 - UPDATE HARI KE-8 DAN SAH MH370 TELAH DIRAMPAS OLEH 2 ORANG PAKAR AEROANGKASA YANG BERADA DI DALAM PESAWAT

2

Berdasarkan laporan yang diperoleh dari portal MalaysiaKini :

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

Associated Press melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap ‘konklusif’ atau dalam erti kata lain ‘Pasti atau Muktamad’.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Selepas dirampas, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia.  

Maklumat radar TUDM tunjukkan sebuah pesawat berpatah balik dari laluan asal dan terus ke utara Semenanjung.

Oleh itu kawasan pencarian turut libatkan Selat Melaka dan Laut Andaman serta Lautan Hindi.

Kata Najib, pagi ini saya menerima taklimat daripada mereka yang terlibat dalam penyiasatan.

Hasil komunikasi satelit, kami yakin sistem komunikasi pesawat dimatikan.

Radar TUDM mengesan sebuah objek tidak dikenal pasti kemudian dikesan berpatah balik dan menghala ke barat daya Semenanjung Malaysia.

Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar pesawat tersebut disahkan sebagai MH370.

Komunikasi satelit terakhir pesawat sama ada menuju ke selatan Lautan Hindi atau menghala ke arah Kazakhstan.

 Masih tiada maklumat kukuh pesawat dirampas.

Berdasarkan maklumat baru ini, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan akan dihentikan.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Difahamkan, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada  petang ini di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan.

SEBELUM ITU, seorang pegawai kanan tentera Malaysia berkata bahawa Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar.

Ianya menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.

"Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap," kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.

Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.

Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.

"Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan," katanya.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu. - AFP

UPDATE sehingga jam 1.55 Petang 

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

“Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan,” katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

1.41pm: Wartawan semakin gelisah menunggu PM memulakan sidang media dan mengisi masa dengan berbual-bual dan bertukar maklumat sesama sendiri.

Suasana dalam dewan tersebut kembali senyap beberapa kali apabila pintu utama auditorium dibuka. Namun masih belum ada kelibat Najib.

1.30pm: Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang turut hadir dalam sidang media hari ini. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.

Sumber lain: News.ComYahoo.Com

No comments:

Post a Comment