Saturday, 15 March 2014

'MALAYSIA PERLUKAN MENTERI SEPERTI KJ DAN BUKANNYA TAHYUL BOMOH' !!!!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutan bomoh Ibrahim Mat Zain yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".



Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut.

Dr. Asri sokong KJ ...?

Dalam kekalutan umat manusia bertumpu mencari pesawat yang hilang, timbul isu kecil pertelingkahan hukum khurafat antara Raja Bomoh dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Raja Bomoh yang sebelum ini mengugut KJ untuk menamparnya seperti mana beliau menampar buaya, kini ditampar pula dengan sokongan bekas mufti Perlis yang terkenal ulasan bisa berbisanya.

Dr Asri melalui twitternya bersetuju dengan KJ bahawa amalan Raja Bomoh itu adalah Khurafat dan Malaysia memerlukan menteri seperti beliau...

No comments:

Post a Comment