Friday, 21 March 2014

HARON DIN HARGAI USAHA KERAJAAN CARI #MH370, BELASAH MAHFUZ DAN ANWAR IBRAHIM !!!


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa mereka melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370.Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu. 

"Ada kata pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya. 

Anwar dan Mahfuz memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis itu dalam ceramah-ceramah mereka sempena pilihan raya kecil Kajang.

"Negara dalam krisis yang mereka dah tak mampu tangani.Tak kan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada BN.Kalau bagi kepada BN,dengan tuan-tuan sekali kena culik,kena rampas," kata Mahfuz dalam ceramah di Stadium Kajang.

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua,membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka,namun masih menemui jalan buntu.Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan,segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat,masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?," katanya. 

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain. "Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi,mencari dan mengenali alam ghaib.Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab,mungkin alam ghaib boleh menjawabnya" katanya. 

Menurut Haron,banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi."Hilang daripada pandangan,besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib" katanya. - BadutRakyat

No comments:

Post a Comment