Monday, 31 March 2014

DAILY MAIL FITNAH PILOT #MH370 - KELUARGA DAN SAHABAT MAHU SAMAN ???


Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, akhbar asing adalah media yang pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.

Satu demi satu tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan persepsi negatif rakyat dari negara luar kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.

Daily Mail yang berpangkalan di Britain merupakan akhbar yang paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Antara yang tersebar luas, Daily Mail mengaitkan kecenderungan politik Kapten Zaharie merupakan kemungkinan punca berlaku rampasan kuasa.

Dan baru beberapa hari lalu, Daily Mail menerbitkan pula artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yang mendakwa kelakuan ayahnya banyak berubah sebelum kejadian itu.

Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut  datanganya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah penipuan yang amat teruk!

"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."




"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air.. May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you." - Tulis Aisyah Zaharie di dalam akaun Facebooknya


Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.

Dr. Ghouse, admin page itu yang merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yang berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yang diperlukan bagi meneruskan tindakan mereka.



Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie sendiri. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yang lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yang mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.

Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yang amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yang menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.

Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita. - TengokTVonline

No comments:

Post a Comment