Tuesday, 25 February 2014

'PROGRAM BERSAMA RAKYAT' ...MENGECEWAKAN RAKYAT..???

Gambar sekadar hiasan

ARTIKEL yang ingin aku paparkan ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pemimpin BN.....samada yang masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Setelah membacanya berulang kali, aku akui ada kebenarannya....



Program Bersama Rakyat di Bukit Dukong yang dihadiri pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak mencerminkan kemesraan seperti yang diharapkan rakyat.

"Mana tidaknya, nama sahaja proram bersama rakyat tetapi tidak ada satu minit pun masa yang ada untuk pemimpin datang berbual dengan rakyat pada program tersebut pagi tadi.

"Datang hanya memberi ucapan beberapa minit kemudian makan tengahari. Paling tak sedap, pemimpin makan sesama mereka di meja khas yang disediakan. Tak ada seorang pemimpin pun yang datang duduk makan dengan rakyat,” kata seorang penduduk dari Sunagi Sekamat, Ruslan Akhbar.

Jelas Ruslan, sebagai penyokong BN, keadaan sama pada program yang dinamakan bersama rakyat memang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

"Kami datang sekadar tengok pemimpin sahaja dari jauh. Langsung tak ada peluang nak berbual dengan pemimpin apa lagi nak bergambar dengan mereka.

"Kawalan keselamatan terlalu ketat sampaikan nak salam pemimpin pun tak diberi peluang. Jadi apa sebenarnya program yang dikatakan bersama rakyat?

"Saya pernah ke majlis pakatan pembangkang bersama rakyat dan saya perhatikan, pemimpin mereka berpecah di semua meja untuk duduk sambil makan dengan rakyat. Ini tidak pernah berlaku dalam majlis bersama rakyat anjuran BN,” jelasnya.

Ujar Ruslan, barisan kepimpinan BN perlu jujur dan ikhlas ketika berkempen pada PRK Kajang demi mendapatkan undi.

"Tak susah mana pun. Cuma keluarlah daripada kepompong kemewahan dan berdampinglah dengan rakyat tanpa mengira waktu. Kalau boleh, duduk minum di kedai kopi dan dengar sendiri permasalahan rakyat,” katanya. - MalaysiaGazette

Adakah artikel di atas..... FITNAH ??? Tepuk dada tanyalah iman......... bukan dada orang lain tetapi dada pemimpin BN sendiri.......!!!!

No comments:

Post a Comment