Tuesday, 25 February 2014

PEJABAT MALAYSIAKINI PULA DISIMBAH CAT MERAH


Simbahan cat merah ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Manakala, seekor itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Pada mulanya itik tersebut disangka mati kerana tidak bergerak. Manakala kotak itu tidak dibuka bagi menunggu siasatan polis.

Bagaimanapun apabila sebahagian penutup kotak itu ditarik, didapati itik itu masih hidup tetapi hampir tidak bergerak.



Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.

Kotak yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama itu juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.


Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya. BACA di sini.....

Kali ini simbahan seolah-olah memperbaiki segala 'kesilapan' yang berlaku di pejabat Teresa Cock tempohari......

No comments:

Post a Comment