Friday, 31 January 2014

RAJA AZMI TIDAK KISAH DIKATA SARA HIDUP SUAMI....

raja azmi tanggung suami

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan jika dia menanggung perbelanjaan suaminya iaitu Mohd Eddie Ghazali. Raja Azmi, 55, berkata, sebagai isteri dia juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan.



Kata Raja Azmi kepada Mstar Online:-
Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi.
Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia.

raja azmi tanggung suami
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan kononnya dia dikatakan menanggung suaminya yang dikahwininya pada 14 Oktober tahun lalu.
Dia juga berkata tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya.
"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami.
"Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya.
Jelas Raja Azmi, biarpun tidak dilimpahi dengan kemewahan seperti dahulu, namun dia kini lebih bahagia untuk hidup secara sederhana.
Dalam pada itu, Raja Azmi turut menganggap dakwaan negatif seperti itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.
Raja Azmi pernah berkahwin dengan jurulatih badminton negara Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20.
Hidup suami isteri sememangnya harus pekakkan telinga dan tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Kita lebih mengetahui apa yang terjadi. Sokong Raja Azmi. Buat apa kita nak kisah cakap orang lain, ini kehidupan kita. Nanti kalau susah, bukan orang lain itu nak datang tolong pun. Yang penting kita suami isteri bahagia dengan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment