Monday, 27 January 2014

PEMIMPIN ANTI-KERAJAAN THAILAND DITEMBAK MATI

611x337xThaiand-violence-012714-660x363.jpg.pagespeed.ic.wznR8SU6Wu

BANGKOK : Seorang pemimpin protes antikerajaan Thailand ditembak mati apabila keganasan mencetus semasa cubaan penunjuk perasaan menghalang undian awal di beberapa kawasan di sini, hari ini.

Lelaki yang ditembak dikenal pasti sebagai Suthin Tharatin, kata jurucakap polis nasional Thailand, Piya Utayo.
“Suthin ditembak pada kepala dan dada,” katanya.
Sebanyak 45 daripada 50 pusat mengundi awal di Bangkok terpaksa ditutup akibat tunjuk perasaan antikerajaan ini.
 Kejadian ini merupakan yang paling buruk sejak sebulan lalu dan menambahkan keraguan pilihan raya akan diteruskan pada 2 Feb nanti.
Menurut polis Bangkok, penyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mula-mula berbalas tumbukan dengan penunjuk perasaan antikerajaan sebelum tembakan dilepaskan.
Pusat Perubatan Erawan berkata, 11 orang cedera dalam pertembungan di daerah Bang Na.
Setakat ini, seramai 10 orang maut sejak tunjuk perasaan bermula November lalu dalam usaha menyingkirkan kerajaan pimpinan Yingluck.
Kira-kira 49 juta pengundi daripada 66 juta penduduk Thailand layak mengundi dan kira-kira 2.16 juta telah mendaftar untuk undi awal.

No comments:

Post a Comment