Tuesday, 3 December 2013

YAZIT (SEARCH) KOMA DI HOSPITAL ADALAH BERITA PALSU

PETALING JAYA : Isteri kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmat iaitu Ramlah Mat, berharap pihak luar tidak membuat spekulasi berhubung keadaan suaminya yang dikatakan bertarung nyawa dan berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Gambar dari facebook rakan admin...

Ramlah, 53, berkata, ramai yang beranggapan sebegitu selepas melihat foto Yazit yang dipasang tiub pada mulut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaliknya suaminya itu diberi ubat tidur untuk menjalani rawatan.
"Ramai yang dah silap anggap, orang kata Yazit koma, tetapi sebenarnya tidak. Doktor memberinya ubat tidur supaya dapat memasukkan tiub untuk menjalani rawatan.
"Paru-paru suami saya berair sehingga menyebabkan doktor perlu membuat rawatan menyedut air pada paru-parunya itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Yazit yang mempunyai masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSA pada pukul 3 pagi Isnin selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Gambar fail Yazit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu.
Mereka sekeluarga tiba di Johor Bahru dari Kuala Lumpur pada Ahad lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Yazid.
Bagaimanapun tambah Ram, Yazit yang masih berada di ICU berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar pada pagi Selasa.
"Alhamdulillah, dia sudah sedar dan Yazit perlu menjalani beberapa rawatan lagi. Mungkin dia akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Pada 10 Ogos lalu, Yazit dipindahkan ke dua buah hospital iaitu dari HSA ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor.
Terdahulu, dia juga pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit buah pinggang. mStar Online
YAZIT BERSAMA KUMPULAN SEARCH KETIKA ZAMAN KEGEMILANGAN MEREKA.....


No comments:

Post a Comment