Tuesday, 3 December 2013

SUAMI 'NAIK HANTU' KELAR ISTERI MINTA CERAI

Foto

Seremban : Seorang suami berumur 30an, 'naik hantu' dengan mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan isterinya apabila isteri yang dikahwininya 10 tahun lalu itu meminta cerai daripadanya. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, bertindak demikian selepas Nor Hafazalina Mohd, 30 tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap masuk keluar penjara. Ekoran kejadian itu, Nor Hafazalina dimasukkan ke hospital dan menerima 80 jahitan.
"Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd. 
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. 

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
Baca selanjutnya di myMetro hari ini.......

No comments:

Post a Comment