Tuesday, 10 December 2013

TEMAN LELAKI BUNUH DIRI, TAK TAHAN SIKAP TEMAN WANITA SHOPPING TAK INGAT DUNIA !!!


Seorang lelaki maut apabila terjun di sebuah Pusat Membeli-belah gara-gara berang dengan teman wanitanya yang mendesak mangsa untuk memasuki pelbagai kedai pakaian disana.

Rakaman CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, mengekori teman wanitanya di sekitar pusat membeli-belah yang terletak di Xuzhou, Jiangsu, wilayah Timur China.

Selepas lima jam menemani teman wanitanya membeli-belah, Tao akhirnya merasa sudah cukup dan mengajak pulang ke rumah.

Menurut saksi kejadian, lelaki tersebut berkata, mereka sudah membawa banyak beg (selepas membeli-belah), namun teman wanitanya mendesak untuk berkunjung ke sebuah kedai kasut kerana terdapat tawaran harga istimewa.

Seorang saksi berkata: Dia (Tao) memberitahu kepada teman wanitanya bahawa koleksi kasut yang dimilikinya sudah terlalu banyak untuk dipakai, dan membazir sekiranya masih ingin membeli lagi.

'Dia (teman wanita) mula menjerit kepada kekasihnya dengan menuduh teman lelakinya sebagai seorang yang kedekut dan telah merosakkan kegembiraan menyambut Krismas, dan ianya suatu pertengkaran yang sangat panas'

Pertengkaran berakhir apabila lelaki itu mencampak beg ke lantai dan melompak dari atas balkoni. Tindakan itu menyebakan hiasan Krismas hancur sebelum mangsa jatuh ke lantai dan mengakibatkan pembeli lari berkeliaran ekoran terkejut.

Pihak Kecemasan tiba di tempat kejadian tnamun mendapati Tao meninggal dunia serta-merta sejurus kejadian akibat kesan terjatuh daripada balkoni tersebut.

Jurucakap pusat membeli-belah berkata, mayat mangsa telah dialihkan dengan segera.

'Mangsa telah menghempap salah sebuah gerai sebelum terjatuh ke lantai mengakibatkan kerosakan kepada gerai tersebut. Namun, tidak mengakibatkan kecederaan orang awam.

'Ini merupakan satu insiden yang tragis, tetapi tahun ini (musim Krismas) telah memberi tekanan kepada orang ramai.' sumber

Teman kata : Orang pempuan ni kalau pasal shopping memang tak ingat dunia. Kalau pakai duit sendiri dan shopping sendiri atau dengan geng kaki shopping tak mengapa juga. Tetapi kebanyakan pempuan suka 'paw' teman lelaki untuk memenuhi kehendaknya ataupun jadikan teman lelaki sebagai 'kuli' angkat barang..!!! Dah la macam tu, degil tak nak dengar nasihat....selagi ada sale, semua gedung nak dijelajah... Kes di atas harap diambil pengajaran daripadanya 

No comments:

Post a Comment