Tuesday, 10 December 2013

PULAU JEREJAK JADI 'MAZU ISLAND' - PUSAT PENYEMBAHAN PATUNG BUDDHA


Sikap Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang seringkali berdolak-dalik dalam apa juga isu, sudah menjadi resam dan biasa terutamanya yang membabitkan kaum cina. Isu pertukaran nama Pulau Jerejak di Pulau Pinang kepada "Mazu Island" yang tersembunyi sejak sekian lama, Guan Eng cuba pula menyalahkan pihak lain khususnya UDA Holdings yang mempunyai kepentingan 60% ke atas pulau tersebut.


Walaupun berbagai penafian, namun sumber mendakwa akan ada lagi pembinaan yang akan dijalankan dan paip air sejauh 50km telah dibina merentasi "Mazu Island".

Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan 362 hektar itu pernah dijadikan pusat tahanan penyakit kusta sejak 1930 dan didakwa kini telah ditukar kepada "Mazu Island". Bekas pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta didakwa telah dijadikan kuil "Mazu" (Goddess of Sea). Tempat ini sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya menjadi pusat penyembahan. 

Lagi gambar dan info...... lihat di sini

No comments:

Post a Comment