Sunday, 15 December 2013

PENUMPANG AIR ASIA WARGA EMAS MATI DI DALAM PESAWAT SELEPAS 3 KALI PENGSAN


Pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang.

Penumpang, Annie Dunlop, 71, dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia. 

No comments:

Post a Comment