Sunday, 15 December 2013

BANJIR DI PAHANG - HANYA TAK DAPAT ROTI.... 100 AHLI UMNO SERTAI PKR


KALAU YER PUN NAK KELUAR PARTI,KELUARLAH PARTI BIAR KERANA PRINSIP
BUKAN KERANA ROTI

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu bukan 100 orang,
tapi 40 sahaja...


Beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya
Jadi kesempatan ini lah yg di ambil oleh yb kuantan,puziah saleh untuk memburukkan kerajaan...
Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya.

Kisah kira-kira 100 ahli Umno menyertai PKR itu tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Mereka dilaporkan menyerah borang penyertaan keahlian kepada Ahli Parlimen Kuantan, yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh. Baca selanjutnya..... DI SINI

No comments:

Post a Comment