Wednesday, 27 November 2013

DATUK FAUZI SHAARI, BEKAS PENGARAH JSJ BUKIT AMAN, KRITIKAL DI HOSPITAL SELAYANG ???


DIKHABARKAN, bekas Ketua Polis Selangor yang juga  Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, , Datuk Fauzi Shaari telah 5 hari berada di Hospital Selangor kerana sakit. Bagaimanapun, tidak dinyatakan apakah penyakit yang dialaminya cuma dikatakan agak kritikal dan doktor masih merawat beliau...


Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut, bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN, Hamzah Zainuddin. Beliau memperolehi 16,888 undi dan BN 
22,184.

Biarpun berbeza aliran politik, sekiranya khabar ini sahih, teman tetap doakan semoga beliau segera sembuh dan dipermudahkan Allah atas segala urusannya.... 

No comments:

Post a Comment