Monday, 9 September 2013

TIMBALAN PRESIDEN MCA TIDAK SABAR MAHU JADI PRESIDEN....???

chualiow

Bab isu jawatan Presiden MIC sudah beres minggu lalu bila Datuk G Palanivel menang tanpa bertanding jawatan itu menerusi kompromi dengan timbalannya Datuk Dr S. Subramanian.

Namun kini timbul gegaran dalam MCA pula. Ini gara-gara perang mulut terbuka antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kalau mengikut kenyataan  'tembak menembak' antara mereka bunyinya macam serius.
Dr Chua dilapor menuduh Timbalan Presiden MCA itu menekan beliau untuk letak jawatan.
Pada Ahad, Liow terpaksa membuat kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.
Beliau mendakwa bosnya itu salah tafsir makudnya semasa mereka berbincang isu-isu parti selepas pilianraya umum ke 13.
Dr Chua dipetik mendakwa Liow sudah tidak sabar untuk jadi Presiden.  -  AgendaDaily

No comments:

Post a Comment