Monday, 9 September 2013

OSAMA BIN LADEN : MITOS DAN FAKTA

Selepas serangan 11 September 2001, pemimpin rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden menjelma menjadi individu yang menakutkan sekaligus misteri bagi dunia, khususnya Amerika Syarikat. Selama ini tersebar begitu banyak mitos tentangnya.


Berikut 9 fakta di antaranya  yang terbukti tidak benar, seperti disiarkan tabloid harian terkemuka Inggeris, The Guardian. 
1. Osama ‘diciptakan’ CIA.
Osama tidak pernah terbukti menerima dana atau dilatih secara langsung oleh CIA selama tahun 1980-an. Begitu juga pengikut Osama. Tidak pernah ada bukti mengenai hubungan langsung mereka dengan CIA. Yang benar, adalah Mujahidin Afghanistan yang pernah mendapat dana dan latihan dari CIA, melalui agensi perisikan Pakistan, ISI. Bantuan itu disalurkan selama perang Mujahidin dengan Soviet, atas faktor perang dingin.

1

2

Gambar Zbigniew Kazimierz Brzezinski (Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika kepada Presiden Jimmy Carter dari tahun 1977-1981) bersama orang yang didakwa sebagai Osama (a.k.a Tim Osman)

2. Osama memiliki kekayaan melimpah.
Osama dipaksa meninggalkan Arab Saudi tanpa harta sama sekali. Setelah seluruh asetnya dibekukan, dia terbang ke Pakistan dan Sudan. Keluarga besar Laden juga telah memutuskan hubungan keluarga dengannya. Dia juga tidak mewarisi harta ayahnya. Yang dipunyai Osama adalah kenalan yang ramai, yang memudahkannya mendapatkan dana.

3. Osama bertanggung jawab atas pengeboman WTC tahun 1993.
Ramzi Yousef, perancang utama serangan keganasan itu, boleh jadi bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan pembekal bebas ketika itu. Khaled Sheikh Mohammed hanya bergabung dengan Al-Qaeda pada tahun 1996 tetapi beliau menjaga jaraknya dengan Osama.

3

Osama dituduh terlibat dalam pengeboman WTC 1993

 4. Dana Osama dari perniagaan dadah.
Tidak pernah ada bukti kukuh yang menyokong tuduhan ini, termasuk di dalam dokumen kerajaan Britain selepas peristiwa 9/11 tentang Al-Qaeda. Punca yang menyebabkan timbulnya tuduhan ini ialah Afghanistan merupakan antara negara pengeluar dadah terbesar dunia.

4

Kelihatan warga Afghan sedang menguruskan tanaman popi

5. Osama tidak pernah berada dalam situasi berbahaya.
Agak mustahil bahawa Osama seorang diri membunuh jeneral Soviet dan lalu merampas AK-47 sebagaimana yang berkali-kali dituntut Osama. Namun, pelbagai laporan saksi menyatakan dia terlibat dalam pertempuran di Jaji pada 1987 juga pertempuran Jalalabad pada 1989.

5

Dengan AK-47 yang diambil dari askar Russia yang beliau bunuh semasa perang mengusir Soviet dari Afghanistan.

6. Osama tinggal di gua.
Di akhir 90-an, untuk kepentingan propaganda Al-Qaeda, Osama mengundang sejumlah wartawan yang ingin mewawancaranya di gua-gua di Tora Bora di timur Afghanistan. Padahal, Osama tinggal di sebuah kompleks yang selesa, berhampiran ladang Hadda peninggalan Soviet yang dimiliki oleh tuan tanah setempat. Pada tahun 1999, beliau pindah ke sebuah kompleks perumahan berhampiran Kandahar. Ketika dibunuh, Osama tinggal di sebuah rumah yang selesa di Abbotabad, Pakistan. Di antara dua dekad waktu itu, tidak ada bukti apapun bahawa Osama pernah tinggal di gua. Pemimpin kanan Al-Qaeda yang lain juga tinggal di rumah-rumah ‘separuh kubu’ yang umum ditemui di kawasan suku-suku daerah.

6

Kelihatan askar Pakistan sedang mengawal rumah dipercayai tempat Osama mati dibunuh oleh komando Amerika.

7. Semasa muda, Osama sering berpesta di Beirut.
Tidak ada bukti tentang ini. Osama ketika muda dikenali sebagai individu yang pemalu dan taat pada agama, berkahwin di usia muda, dan sering menghabiskan masa untuk mempelajari kitab suci.

8. Osama hampir meninggal kerana penyakit buah pinggang.
Sejumlah laporan, antara lain termasuk fail-fail di Guantanamo yang memang menyebut Osama mempunyai penyakit pada saluran kencing. Tetapi, penyakit itu jauh dari serius untuk membuatkannya meninggal dunia. Yang pasti, beliau mempunyai masalah pada punggungnya yang mengakibatkan tubuhnya yang tinggi (sekitar 1.95 meter) dan kurang banyak bergerak.

9. Osama bersembunyi di Kashmir, menjadi pemimpin kumpulan Chechen, bertanggung jawab untuk sejumlah aksi kekerasan di Filipina dan Indonesia, mengatur serangan keganasan di Madrid 2004 dan mempunyai rangkaian luas di Paraguay, sub-Sahara Afrika dan Afrika Selatan.
Semua dakwaan itu, yang dilontarkan oleh pelbagai negara atau badan perisikan selama berdekad-dekad terakhir telah terbukti tidak memiliki asas yang kukuh terhadap fakta atau tuduhan ini.


..... Lebih kurang macam ni lah... Osama bin Laden tu cuma watak ciptaan Amerika sahaja... Watak tu dicipta sebagai nak menggambarkan kepada dunia betapa jahatnya orang Islam....!!! Secara tidak langsung sebenarnya...Amerika mengajak dunia membenci Islam....!!!

No comments:

Post a Comment