Sunday, 29 September 2013

(FOTO) BAYI 3 BULAN : PEMBEDAHAN BUANG KEPALA TAMBAHAN



Kabul : Seorang bayi berusia tiga bulan yang dilahirkan dengan kepala tambahan kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan yang mengancam nyawa untuk membuang kepala kedua itu.

Menurut Badan Penyiaran Britain (BBC), Asree Gul menjalani pembedahan itu baru-baru ini.

Anak petani di daerah Chaparhar itu juga mempunyai adik kembar yang dilahirkan tanpa masalah.

Keadaan unik Asree itu menyebabkan dia sukar tidur.

Ketua pakar bedah hospital berkenaan, Ahmad Obaid Mojadidi berkata, pembedahan yang dilakukan ke atas bayi itu adalah yang pertama di wilayah itu.

Asree yang bermakna ‘bunga baru’ tidak berapa sihat selepas dibedah.


Bapanya, Nematullah berkata, dia tidak menjangka anaknya akan selamat.

“Dengan izin Allah, doktor berjaya menyelamatkannya,” kata Nematullah.

Doktor yakin kepala tambahan itu adalah milik adik kembar ketiga Asree yang tidak menjadi.

Seorang bayi Mesir, Manar Maged pernah mengalami keadaan serupa dan dia menjalani pembedahan itu ketika berusia 10 bulan pada 2005.

Meskipun pembedahan itu berjaya, kanak-kanak berkenaan dijangkiti kuman pada otaknya dan meninggal dunia setahun selepas dibedah. - Agensi

No comments:

Post a Comment