Sunday, 29 September 2013

DATO' TAJ GANGSTER...???


GANGSTER adalah gelaran yang diberikan oleh beberapa musuh yang tidak senang dengan kejayaan dan kewibawaan yang ada pada dirinya.

Dato’ Tajuddin Abdul Rahman, Ali Parlimen Pasir Salak (sangat popular dengan gelaran Dato' Taj  di kalangan ahli UMNO Pasir Salak) mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu dan pernah juga ditahan dibawah Akta ISA kerana mempertahankan Melayu.

Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai beliau dari zaman muda ketika bersama Pemuda UMNO hinggalah ke hari ini dalam membawa perjuangan “Dulu, Kini dan Selamnaya” bersama parti keramat pembela bangsa melayu itu.

Sudah namanya perjuangan memang yang sudah tentunya akan sentiasa ada musuh disebelah pihak lain yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan dan ianya tidak kiralah di pihak musuh, rakan ataupun keluarga sendiri.

Kini beliau diserang lagi dan kali ini penyerang adalah orang yang dikenali dari kalangan pemimpin dalam parti sendiri yang rakus mahu berkuasa walaupun diakui gagal memimpin di kawasan sendiri. Aku tidak menuduh sesiapa tetapi kepada sesiapa yang terasa faham-fahamlah sendiri.

Dato Tajuddin seorang pemimpin hebat, tegas dan berwibawa dalam memimpin dan harus dikekalkan untuk terus memimpin parti UMNO yang kini sudah menjadi “Kelam Kabut”dek kerana terlalu banyak pemimpin yang mementingkan diri.

Salahkah menjadi orang yang tegas dalam parti?

Bukanlah niat Dato' Tajuddin untuk bergaduh sesama sendiri dalam satu parti tetapi cuma ketegasan beliau dalam hal ehwal kerja dan politik Melayu serta kepentingan Melayu sering kali di salah ertikan. 

Mengikut sejarah penglibatan beliau dalam politik UMNO. Penuh onak dan ranjau berduri perlu ditempuhi oleh Dato' Tajuddin. Adat berpolitik yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan boleh jadi kawan. Yang penting hak dan kepentingan orang Melayu tidak pernah luntur dari semangat dalam diri beliau.

Beliau kenal sangat dengan Anwar Ibrahim kerana pernah sama-sama menuntut di Universiti Malaya yang ketika itu beliau merupakan pemimpin Jawatankuasa Mahasiswa UM manakal Anwar hanya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Sedang Anwar sibuk berdemo, Dato' Tajuddin mengambil tanggungjawab untuk menyatukan mahasiswa UM dalam satu persatuan dengan pelbagai aktiviti agar tidak terjebak dengan ayat manis Anwar Ibrahim. Sejak dari zaman universiti lagi beliau sudah kenal Anwar.

Ditahan bawah akta ISA?? Ya! Memang tidak dinafikan yang beliau memang pernah ditahan di bawah akta ISA yang mengakibatkan 2 bulan beliau meringkuk dalam penjara. Beliau ditahan kerana dituduh mengeluarkan kata-kata 'Bunuh Cina' semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Semasa perhimpunan tersebut beliau bertindak sebagai pengerusi majlis (MC) dan ramailah pemimpin Melayu yang ketika itu baru sahaja lepas tragedi 13 Mei berkumpul, antara pemimpin yang memberi ucapan ketika itu adalah Ibrahim Ali. Boleh tanya Presiden Perkasa. Sebab apa perhimpunan itu dibuat?? Sebab memberi amaran kepada Ketua Pemuda MCA ketika itu yang mula mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera. Salahkah tindakan Dato' Tajuddin??

Namun jangan risau kepada si penyebar fitnah berbayar. Dato' Tajuddin dengan senang hati sudah memaafkan mereka. Tetapi ada sedikit rasa kesal dalam hati Dato' Tajuddin kerana serangan terhadap kepimpinan UMNO dilihat lebih hebat dari serangan kepada pemimpin pembangkang. 

Nasihat beliau hanya satu... Berhentilah...

Niat beliau juga hanya satu, untuk mempertahankan parti UMNO dan orang Melayu di Malaysia...

Petikan dari PDTM

No comments:

Post a Comment