Tuesday, 20 August 2013

ZED ZAIDI BERHASRAT TANDING EXCO PEMUDA UMNO

.

Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan.
Zed Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.

"Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

"Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana," katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata, matlamat utama untuk dia bertanding jawatan tersebut adalah bagi menjadi wakil daripada golongan seni untuk memberi pendapat selain menjadi orang tengah kepada pucuk pimpinan.

"Saya merupakan artis pertama yang bertanding dalam pemilihan ini. Bagi saya ia dapat memberi peluang kepada pihak parti untuk mengetahui suara sebenar dan masalah dalam industri yang orang luar industri tidak tahu", katanya

Dalam pada itu, Zed berkata, matlamat utama untuk dia bertanding jawatan tersebut adalah bagi menjadi wakil daripada golongan seni untuk memberi pendapat selain menjadi orang tengah kepada pucuk pimpinan. <  MD  >

No comments:

Post a Comment