Tuesday, 20 August 2013

AHLI PARLIMEN KERAJAAN SELONGKAR LAMAN WEB MEMBERAHIKAN KETIKA PERBAHASAN


Seorang anggota Parlimen Thai Pongpan Sunthornchai semalam mengaku menonton gambar lucah menerusi iPadnya ketika perbahasan.

Bagaimanapun, anggota parti Pheu Thai itu mendakwa dia tidak sengaja tertekan pautan yang memuat turunkan imej porno itu.

Pongpan yang dirakam seorang jurugambar ketika menonton gambar berkenaan berkata, dia tidak berniat untuk melihat gambar itu.

Menurutnya, dia berusaha mencari maklumat menerusi iPadnya ketika Parlimen sedang membahaskan kos pengangkutan padi Kementerian Perdagangan pada Jumaat lalu.

“Kerana tidak biasa dengan iPad itu, saya secara tidak sengaja tertekan pautan yang mempamerkan gambar fesyen. Gambar memberahikan secara automatik keluar pada skrin,” katanya.

Menurutnya, gambar itu bukanlah imej porno, tetapi gambar wanita berpakaian mandi.

Wakil penyokong kerajaan Thai itu berkata, dia kini bimbang untuk menggunakan iPad itu lagi dan bercadang menyerahkannya semula kepada Parlimen yang memberikannya kepada semua wakil rakyat baru-baru ini.

Pongpan juga menyatakan hasratnya untuk memohon maaf terhadap kejadian itu.


Mengenai rancangan anggota pembangkang, Boonvod Sooktinthai dari Parti Demokrat untuk mengusulkan supaya isu itu dibahaskan, Pongpan berkata, dia sudah menjelaskannya kepada Boonvod yang kemudian bersetuju untuk tidak membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa Dewan.

Dia juga menafikan dakwaan mengarah polis menggertak jurugambar yang merakam peristiwa itu.

Menurutnya, dia menemui jurugambar itu Jumaat lalu tetapi hanya meminta jurugambar berkenaan supaya tidak menunjukkan gambar dia tidur ketika rehat bagi menjaga imej Parlimen.

Menurutnya dia tidak sedar jurugambar itu merakam gambar dia melihat imej tidak senonoh itu pada iPadnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment