Tuesday, 6 August 2013

PENYANYI 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' MENGAKU MUFLIS....

Aweera Mengaku Dirinya  Muflis..... 
Aweera Mengaku Dirinya  Muflis

Akhirnya vokalis kumpulan Mojo, Aweera, 22, mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar beberapa hari lalu adalah berkaitan dengan dirinya.

Aweera yang juga penyanyi Andaiku Bercinta Lagi berkata, dia diisytiharkan muflis ekoran menanggung beban hutang lama.

“Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini,” katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera NorHissham diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.

Penyanyi Aweera Mojo Jatuh Bankrap?

Ditanya mengenai kerjaya seninya, jelas Aweera, buat masa ini kerjayanya masih tidak terganggu dan segalanya melibatkan kerjaya dan dirinya akan diberitahu selepas selesai semua proses.

“Buat masa ini, kerjaya seni tidak terganggu dan kalau boleh, saya tidak mahu bercakap mengenainya. Saya akan beritahu bila semua proses selesai,” katanya yang sudah berada di kampung halamannya di Perlis bagi menyambut kedatangan 1 Syawal.

No comments:

Post a Comment