Tuesday, 6 August 2013

BERANIKAH ANWAR ISYTIHAR HARTA....???


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyokong desakan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengisytiharkan harta masing-masing.

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi membersihkan nama mereka berdua daripada dikaitkan dengan urus niaga sulit seperti didedahkan 6,000 surat misteri yang diedar di sekitar Permatang Pauh.

Anwar dan Karpal perlu berani mengisytiharkan harta dan semua akaun bank sama ada di dalam mahupun di luar negara sebagai satu tindakan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka berdua ini bersih dan telus.

Tindakan menyembunyikan harta dan akaun-akaun bank hanya akan menunjukkan wajah sebenar tokoh pembangkang sebagai hipokrit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersih nama dalam isu tersebut.

Awal minggu ini, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail mendedahkan 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan urus-niaga dua pemimpin pembangkang itu.

Namun, Anwar dan Karpal ketika membuat laporan polis terhadap pengedaran surat misteri tersebut menafikan dakwaan wujud urus niaga antara beliau dengan Karpal, sebaliknya mendakwa perkara itu fitnah Umno.

Dalam pada itu, Zamil berkata, parti KITA juga mendesak Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk membenarkan pengisytiharan kepada media tentang akaun-akaun bank yang tertulis atas nama beliau.

Langkah ini akan menyenangkan siasatan pihak berkuasa dalam usaha membersihkan nama Anwar dengan kadar segera kerana banyak akaun-akaun bank didakwa milik Ketua Pembangkang ditulis dalam surat tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment