Friday, 2 August 2013

PENIAGA EMAS PULA KENA TEMBAK.....


Seorang lelaki cina berusia 34 tahun menjadi mangsa terbaru kes tembak. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9 pagi tadi ketika beliau memberhentikan kereta Toyota Camry yang dipandunya di lampu isyarat Jalan Pandan Makmur bila dua orang lelaki bermotosikal memberhentikan motosikal bersebelahan keretanya dan salah seorang dari mereka telah melepaskan tembakan ke arahnya. 


Gambar darSINI

Tembakan lelaki tersebut mengenai bahu kanan mangsa. Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya terus menuju ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan.  Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut. Mangsa berkata, motif tembakan mungkin ada kaitan dengan kedai emas yang diusahakannya kira-kira 5 tahun yang lalu. 

Inilah kesan daripada penghapusan Akta pencegahan jenayah dan Akta mengekang kegiatan jenayah dan bebasnya ribuan penjenayah adalah situasi yang terpaksa kita hadapi pada hari ini. Kita tidak tahu siapakah akan menjadi mangsa tembak seterusnya.... Dan seharusnya pembangkang bangga dengan jenayah ini kerana inilah hasil perjuangan pembangkang desak mansuhkan Akta menyekat jenayah yang terpaksa dituruti oleh Kerajaan...... So, lepas ni jika ada kaum kerabat pembangkang yang akan terkena tembakan, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN..!!! 

No comments:

Post a Comment