Friday, 2 August 2013

PENAMPILAN TERBARU MANTAN RAJA PERMAISURI AGONG, SITI AISHAH....


Sekian lama menyepikan diri dari khalayak ramai, kini mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 11, Yang Amat Mulia Permaisuri Hajjah Siti Aishah binti Datuk Seri Abd Rahman telah muncul kembali.

Baginda yang kelihatan masih sangat jelita, telah menjadi penghias muka depan majalah Wanita keluaran Julai 2013 dan di majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.



Mengimbas kembali kehidupan lalu baginda yang menjadi balu di usia 30 tahun, bukanlah satu perkara mudah.  Kini setelah 12 tahun berlalu, baginda muncul dengan semangat baru.

Menjadi suri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, pada usia muda iaitu 19 tahun.  Ditabal menjadi Permaisuri bagi negeri Selangor pada 28 Oktober 1998 ketika baginda berusia 27 tahun.

Setahun kemudian, menjadi Raja Permaisuri Agong ke-11 dan termuda dalam sejarah negara....

Ikuti selanjutnya kisah dan perkembangan terbaru baginda di majalah nona dan wanita versi Ogos dan Julai 2013 yang sedang berada di pasaran sekarang.....


No comments:

Post a Comment