Monday, 22 July 2013

( VIDEO ) : PERLAWANAN PERSAHABATAN YANG TEWAS..... MALAYSIA 1 - 4 CHELSEA....



Chelsea adalah kelab bolasepak kegilaan admin, secara jujurnya, admin gembira kerana Chelsea menang. Namun dalam masa yang sama agak kecewa......barisan pemain paling hebat dan terkuat Malaysia kecundang...... Tapi dapat membolosi gawang kelab bolasepak gergasi yang pernah menjadi juara Eropah itu, walaupun hanya 1 gol, kira ok lah juga kan....... 



Chelsea adalah kelab bolasepak kegilaan admin, secara jujurnya, admin gembira kerana Chelsea menang. Namun dalam masa yang sama agak kecewa......barisan pemain paling hebat dan terkuat Malaysia kecundang...... Tapi dapat membolosi gawang kelab bolasepak gergasi yang pernah menjadi juara Eropah itu, walaupun hanya 1 gol, kira ok lah juga kan....... Ia sebenarnya mengulangi kekalahan 10 tahun lalu, apabila tewas dengan jaringan yang sama (1 – 4).....





SHAH ALAM - Skuad kebangsaan nyata bukan tandingan Chelsea apabila tewas 1-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu pada perlawanan persahabatanantarabangsa di Stadium Shah Alam, semalam.

Empat gol Chelsea dijaringkan oleh Bertrand Traore pada minit keeenam, Kevin De Brunye (minit ke-29), Romelu Lukaku (minit ke46) dan Victor Moses pada minit ke-59.

Gol tunggal Harimau Malaya pula disumbangkan oleh Mohd Fadhli Mohd Shas pada minit terakhir perlawanan. 


Meskipun kemenangan tidak memberi sebarang makna dalam aksi persahabatan itu namun skuad kendalian Datuk K Rajagobal belum dapat menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada penyokong setia bola sepak tanah air.

Jika kemenangan itu sesuatu yang sukar dijanjikan, tetapi Harimau Malaya perlu mengelakkan dari menjadi mangsa belasahan dan sekurang-kurangnya memberikan tentangan habis-habisan namun dalam aksi ini sebaliknya yang berlaku




No comments:

Post a Comment