Sunday, 21 July 2013

HATTAN DIJANGKA NIKAH SEMULA BEKAS ISTERI 15 RAMADHAN INI

image

TIDAK ada siapa yang dapat meneka apa yang bersarang di hati penyanyi kesayangan ramai ini. Apa yang berlaku selama ini memang sukar dijangka apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan.

Walaupun kisah rumah tangga penyanyi ini sering mendapat liputan meluas sejak dulu tapi cerita sensasi Hattan tak pernah habis. Ada sahaja cerita yang menarik perhatian peminat terutama membabitkan soal rumah tangga.
Walaupun gagal dalam perkahwinan keduanya itu langsung tidak membuatkan penyanyi lagu Biso Bonar ini mengalah. Yang mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan bakal bernikah semula dengan bekas isterinya.
Jika tidak ada aral melintang, Hattan bakal bernikah dengan Arianie Mohd Abidin Rabu ini bersamaan 15 Ramadan di sebuah hotel di Putrajaya.
Macam yang berlaku sebelum ini, khabarnya penyanyi ini hanya akan menjemput keluarga terdekat dan rakan-rakan media yang rapat dengan mereka ke majlis itu nanti.
Cuma tak pula Syed ketahui sama ada akan dibuat majlis besar-besaran atau hanya majlis akad nikah semata-mata. Tak kisah besar atau kecil pun asalkan rumah tangga yang dibina buat kali kedua ini akan kekal sampai akhir hayat.Syed pasti buah hati mereka si Adam Eiman, 15, adalah orang yang paling gembira dengan pernikahan ini.
Untuk rekod, pasangan ini pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
PETIKAN : terengganutoday

No comments:

Post a Comment