Thursday, 18 July 2013

PENGADIL PILIH KASIH, SUHAIZI DIGANTUNG SETAHUN

Suhaizi Sukri menerima padah gara-gara tindakannya yang tidak profesional.
Suhaizi Sukri menerima padah gara-gara tindakannya yang tidak profesional.

Pengadil kontroversi  Suhaizi Shukri yang dilaporkan  Terengganu Today dalam mengadili perlawanan berat sebelah separuh akhir kedua antara Terengganu dan Kelantan pada 29 mei lalu sah digantung selama setahun oleh Jawatankuasa Pengadil FAM.

Jelaslah tindakan beliau melayangkan kad merah kepada 2 pemain Terengganu iaitu Effa Owana dan Manaf Mamat adalah satu keputusan silap serta membenarkan gol Kelantan yang dijaringkan Obinna Nwaneri yang betul-betul berada dalam kedudukan offside. Ia sekaligus mengesahkan khabar angin sebelum ini mengenai pergantungan pengadil berkenaan. Perkara diharap menjadi pengajaran kepada pengadil lain dalam mengendalikan perlawanan bola sepak secara lebih profesional.
Semalam kenyataan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membuat keputusan menggantung 17 pengadil perlawanan Liga Malaysia ekoran gagal mengadili perlawanan dengan baik musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Aziz berkata, tindakan tegas terhadap pegawai pertandingan berkenaan diambil berdasarkan penilaian daripada pegawai penilai pengadil perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) sejak Januari hingga Jun lalu.
“Dalam 714 perlawanan musim ini, kami hanya menerima lima aduan rasmi daripada persatuan negeri. Daripada lima aduan itu, dua aduan dari Johor dan satu aduan masing-masing dari Perak, ATM dan Terengganu.

Layangan kad merah ke atas Effa Owona jelas merendahkan kredibiliti pengadil Suhaizi Sukri.
Layangan kad merah ke atas Effa Owona jelas merendahkan kredibiliti pengadil Suhaizi Sukri.
“Bagaimanapun hanya dua aduan saja mempunyai asas sehingga menyebabkan empat pegawai perlawanan digantung termasuk pegawai yang mengendalikan salah satu perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) serta perlawanan separuh akhir Piala FA, antara Terengganu dan Kelantan.
“Dan hasil siasatan dibuat, kami telah menggantung empat pengadil manakala 13 lagi digantung berdasarkan laporan pegawai penilai sejak Januari sehingga Jun lalu,” kata Astaman semalam.
Sebelum ini , Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kesal dengan mutu pengadilan Liga M yang dianggap berada pada tahap membimbangkan.
Selain PBNJ, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut dilapor mengemukakan laporan rasmi mengenai mutu pengadilan kepada FAM.

Walaupun tindakan telah diambil terhadap pengadil itu, namun ia tidak dapat mengubati kekecewaan pemain Terengganu yang gagal ke final Piala FA.
Walaupun tindakan telah diambil terhadap pengadil itu, namun ia tidak dapat mengubati kekecewaan pemain Terengganu yang gagal ke final Piala FA.
Terengganu pula mempertikaikan kredibiliti pengadil selepas melayangkan dua kad merah kepada Abdul Manaf Mamat dan Emmanuel Effa Owona pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu 28 Mei lalu.Perak tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas seri 1-1 dengan Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada 25 Jun lalu.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai cadangan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) supaya pengadil turut mengisi borang pengisytiharan harta, Astaman berkata, beliau menyambut baik cadangan dan menegaskan bahawa tiada masalah untuk pengadil berbuat demikian.
“Saya rasa tiada masalah untuk berbuat demikian. Tapi saya rasa peraturan ini perlu diperhalusi kerana pengadil hanya bekerja secara sambilan dan mereka mempunyai pekerjaan lain seperti guru dan tentera jadi mungkin mereka sudah terikat dengan undang-undang itu dengan pekerjaan tetap,” jelas beliau.-sh

No comments:

Post a Comment