Thursday, 18 July 2013

BAPA DAYANA KESAL, ASHRAF MENDUAKAN ANAKNYA....

Post image for BAPA MERTUA ASYRAF MUSLIM TERKILAN TINDAKAN MENANTUNYA

Bapa mertua kepada pelakon, Mohd. Ashraf Muslim kesal dengan tindakan menantunya itu yang bertindak membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.


Lokman Abdul Hamid, 54, selaku pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikai tindakan Mohd. Ashraf yang dianggap terburu-buru apabila bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

"Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan,” katanya dengan nada kecewa".

Lokman ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menegaskan, apa yang dilakukan oleh Mohd. Ashraf, 32, adalah sesuatu yang tidak elok kerana sebelum ini kes mahkamah terpaksa ditangguhkan kerana Dayana, 26, belum melantik peguam
.
SEMENTARA ITU, i
steri kedua Ashraf Muslim sejak hari Ahad (7 Julai) yang lalu, Wan Sakinah enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi yang sedang melanda perkahwinan mereka. Walaupun diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan Berita Harian, bekas kakitangan sebuah syarikat televisyen ini tetap tenang dan menjawab panggilan dengan tenang.

wan sakinah
Jawapan pendek yang diberikan oleh Wan Sakinah apabila diminta memberi komen ialah:-
Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf
wan sakinahDifahamkan juga Ashraf Muslim turut membawa isteri pertama dan isteri keduanya ini secara berasingan ke tapak perniagaan minyak wangi di sebuah bazaar Ramadhan. Didapati Wan Sakinah lebih kerap berada di gerai berkenaan iaitu hampir setiap hari.
Pastinya Dayana kecewa dengan perkahwinan kedua suaminya ini. Namun begitu, Wan Sakinah sudah pun sah menjadi isteri kepada Ashraf Muslim. Semoga Ashraf dapat berlaku adil dan tidak mengabaikan isteri pertamanya. Janganlah habis madu sepah dibuang pula.

No comments:

Post a Comment