Sunday, 14 July 2013

BAGAIMANA CALON PAS PRK DUN KUALA BESUT MENDAPAT GELARAN 'CALON CARI MAKE'...???



"Oh.. Che Long Cari Make..ambo kenal!" - dialog seorang brader ketika saya singgah di sebuah pusat PDM, di mana sebelahnya diadakan satu pertandingan nyanyian burung (kawe lupo burung gapo), satu permainan yang agak popular bagi masyarakat pantai timur.

Che Long cari makan?

Saya tertanya-tanya kenapa calon PAS dikenali dengan nama istilah 'CARI MAKE' bagi masyarakat di sini atau lebih tepat dipanggil sebagai pengundi di DUN Kuala Besut?

Lalu terburailah cerita bahawa calon PAS Kuala Besut ini rupanya bekas AJK Cawangan UMNO satu ketika dulu sebelum dia dipecat ekoran kecenderungan dia untuk 'cari make' dengan PAS ketika PAS menerajui negeri tersebut. 








Ingatkan cerita ini hanya mainan di media sosial sahaja, rupa-rupanya ia adalah satu kisah benar malah menjadi buah mulut masyarakat setempat lebih-lebih lagi nama Che Long dipilih sebagai calon PAS.


Kerana menurut brader 'burung' tadi rata-rata ahli PAS Besut mengharapkan bekas calon sebelum ini iaitu Zawawi Salleh dan Wan Azhar Wan Ahmad iaitu Yang Dipertua PAS Besut. 



 

"Kito toksey  Tok Wokil hok banyok duk Kota Bharu dari tempat sendiri!" tambah brader 'burung' kepada merujuk kepada Che Long Cari Make kerana dia khabarnya banyak menghabiskan masa untuk menguruskan perniagaannya di Kota Bharu selain bersikap 'mata duitan' dan gila 'projek'.

Menilai perbualan singkat dengan brader 'burung' maka saya tidak hairanlah apabila Datuk Idris Jusoh menggesa agar PAS jangan membuang masa bertanding sebaliknya beri sahaja kemenangan kepada calon BN.


Selaku Ketua UMNO Bahagian Besut yang lebih yang arif serta mesra dengan masyarakat Besut itu sendiri maka saya merasakan kata-kata Datuk Seri Idris Jusoh kepada PAS agar "jangan buang masa bertanding" adalah kerana misi 16:16 PAS di Terengganu merupakan satu mimpi yang sukar dicapai oleh mereka.

Double Y

No comments:

Post a Comment