Sunday, 9 June 2013

RED BEAN ARMY GUDANG PENYEBARAN FITNAH....!!!


Penipuan

Salah satu teknik serangan Red Bean Army dalam alam siber adalah mengaplikasi penyebaran penipuan demi mencapai matlamat mereka. Sebelum ini kita telah melihat bagaimana penyebaran peningkatan harga minyak dan Roti Gardenia telah berleluasa di laman Facebook. Kita juga melihat penyebaran isu gambar blackout di Bentong , Gelang Patah dan Lembah Pantai. Realitinya , kotak ballot box yang disebarkan memiliki logo PAS dan ketiga – tiga tempat yang didakwa memiliki blackout merupakan kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS. Paling penting sekali adalah Pakatan Rakyat memenangi 2 daripada 3 kerusi yang dikatakan memiliki isu blackout di Facebook oleh Red Bean Army.


Psikologi

Serangan psikologi Red Bean Army adalah untuk membangkitkan segala emosi masyarakat Malaysia untuk menentang kerajaan Barisan Nasional. Emosi kemarahan timbul apabila terdapatnya fitnah berlakunya ketidakadilan dalam Pilihan Raya 13. Emosi ketakuatan dicetuskan apabila seolah – olah LYNAS itu adalah loji nuklear. Emosi kebencian dibangkitkan apabila digambarkan bahawa UMNO menindas masyarakat Cina. Keadaan ini akhirnnya akan menyebabkan masyarakat Malaysia yang terpedaya dengan Red Bean Army akan memiliki perasaan takut , benci dan marah kepada Barisan Nasional.

Provokasi

Red Bean Army akan melancarkan serangan provokasi terhadap sesiapa sahaja yang menyokong pihak Barisan Nasional di alam siber. Mangsa – mangsa Red Bean Army akan dilabel sebagai anjing , pengkhinat Cina , pelbagai kata – kata kesat , pelacur dan pelbagai lagi perkataan yang tidah senonoh dalam konteks budaya masyarakat Malaysia. Kita lihat bagaimana seorang gadis berumur 23 tahun iaitu Wong Kim May mengalami serangan ancaman bunuh dan rogol apabila beliau merakamkan video untuk mempromosikan Barisan Nasional.

Perang Saraf

Perang Saraf yang dilancarkan adalah demi untuk melemahkan semangat mental dan emosi sesiapa sahaja yang dianggap memiliki kuasa pengaruh dalam masyarakat yang menyokong Barisan Nasional. Sami Buddha Hsing Yun dilemparkan dengan pelbagai soalan apabila beliau berjumpa dengan Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak. Pemain badminton Negara dipersoalkan apabila beliau bergambar dengan Datuk Mukhriz semasa kempen PR 13. Datuk Michelle Yeoh menerima serangan berterusan hanya kerana beliau merasmikan sebuah majlis jamuan makan 60 000 masyarakat Cina dengan Perdana Menteri Negara kita. Seorang model terkemuka negara iaitu Leng Yein mengalami serangan boycott terhadap segala jenama syarikat yang menaja beliau sehingga menjejaskan peluang pekerjaan dan punca rezeki beliau. Kesemua rakan – rakan dan keluarga saya sendiri menjadi mangsa Red Bean Army apabila saya lantang membongkar segala masalah dan kebenaran mengenai DAP. Teknik ini adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja yang memiliki pengaruh dalam masyarakat tidak akan berani tampil ke hadapan untuk membantu Barisan Nasional sehingga menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Propoganda

Definisi propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Berbanding dengan menyalurkan maklumat propaganda. Propaganda sering memilih fakta-fakta menipu melalui penyingkiran untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan reaksi yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik. Sebagai contohnya dakwaan blackout , penerbangan 40 000 bangla , sistem Pilihan Raya di Malaysia berlandaskan kepada undi popular , penyelewangan SPR dan sebagainya untuk memberi gambaran seolah – olah terdapatnya penipuan dalam kekalahan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya 13.

Perpepsi

Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan juga sangat berbahaya dalam operasi Red Bean Army. Persepsi seperti hanya Barisan Nasional sahaja yang terlibat dalam rasuah dan kesemua rasuah dalam Pakatan Rakyat adalah ciptaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan segala skandal yang melibat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat adalah taktik kotor Barisan Nasional sedangkan realitinya adalah skandal yang sebenar. Persepsi penjenamaan seperti MCA adalah anjing kepada UMNO , UMNO merupakan sebuah parti yang anti Cina , Barisan Nasional adalah zalim dan jahat dan pelbagai lagi persepsi yang amat berbahaya berjaya dirancang dengan amat teliti oleh Red Bean Army sehingga terpahat dalam masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya. Keadaan ini akan menyebabkan segala kebenaran kesilapan dan kelemahan Pakatan Rakyat akan dianggap sebagai palsu dan segala fitnah yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional akan dipercayai sebagai benar.

Tujuan

Politik Pakatan Rakyat

Segala operasi yang dirancang dan dilancarkan hanya demi kepentingan politik Pakatan Rakyat . Pengundi yang terpedaya akan cenderong untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan menentang Barisan Nasional. .

Protest

Situasi ini juga akan menyebabkan masyarakat Malaysia yang mudah terpengaruh akan melancarkan gerakkan protest terhadap kerajaan Barisan Nasional dengan segala perhimpunan dan demonstrasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri / Putrajaya

Sekirannya protest tersebut tidak dikawal dengan baik maka impian Anwar Ibrahim untuk menakluki Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri dapat dicapai.

Kesan

Perpaduan / Polarisasi

Kewujudan Red Bean Army hanya akan menjarakkan lagi perpaduan dan polarisasi antara dan sesama kaum di Malaysia. Keadaan ini sudah berjaya dibuktikkan apabila Red Bean Army melancarkan serangan kempen boycott perniagaan terhadap usahawan Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dan juga Roti Gardenia dan akhirnya mengundang NGO Melayu pula melancarkan serangan kembali terhadap produk dan perniagaan Cina.

Pembangunan Negara

Pembangunan Negara juga akan terencat apabila perpaduan kaum di Malaysia tidak dapat dikecapi untuk bersama – sama membangunkan Negara Malaysia. Pelabur asing juga akan bimbang dengan ketidakstabilan politik , ekonomi dan sosial Negara Malaysia apabila Anwar meneruskan dengan pelbagai tohmahan fitnah dengan gerakan demonstrasi dan perhimpunan haram yang berterusan. Sumber – sumber kerajaan hasil daripada cukai rakyat akan dibazirkan untuk mengekang segala usaha Anwar dan juga Red Bean Army.

Pertumpahan Darah

Sekirannya Anwar dan Red Bean Army tidak ditangani dengan baik maka kebarangkalian untuk tercetusnya partumpahan darah bersejarah May 13 bakal berlaku apabila hubungan antara kaum semaking renggang dan budaya politik keganasan tanpa batasan diberi ruang untuk bermaharajalela. KEDAH KE KL 

No comments:

Post a Comment