Sunday, 9 June 2013

PALANIVEL SERTAI PEMBANGKANG....???


Tindakan Datuk G Palanivel mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkaitan perlantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah meletakkan dirinya pada taraf bukan seorang presiden parti.

Ini berdasarkan kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar Tamil hari ini yang membuktikan Palanivel jelas mengugut Dr Zambry dengan menyatakan MIC menolak sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri, termasuklah pegawai khas, ahli-ahli majlis kerajaan tempatan dan penasihat kepada Menteri Besar jika parti itu tidak diberikan jawatan Speaker.
Pengerusi Kelab ADUN BN (BNBBC) negeri Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, berkata tindakan Palanivel itu menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berpegang kepada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran.
Pemimpin MIC itu katanya, sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kredibilitinya selaku pemimpin dipertikaikan.
“Tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesalkan sedangkan Dr Zambry sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker.
“Beliau tidak seharusnya menjadikan perkara perlantikan Speaker sebagai ‘kambing hitam’ untuk menarik perhatian ahli-ahli MIC yang sudah semakin muak dengan corak kepimpinannya.
“Oleh itu, janganlah Presiden MIC itu mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang beliau hadapi,” katanya dalam kenyataan akhbar, petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya percaya MB Perak tidak akan melupakan masyarakat India dalam pentadbiran negeri.
Malah ketika Palanivel tidak mengendahkan kedudukan jawatan kaum India dalam pentadbiran negeri, Dr Zambry katanya, menambah lagi seorang pegawai khas, seorang penasihat selain tambahan senator.
Tegas Mohd Khusairi, Palanivel sepatutnya memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang kenyataan, dan menghormati jawatan Presiden sebuah parti komponen BN yang disandangnya   -   PerakToday

No comments:

Post a Comment