Saturday, 11 May 2013

UNDI CINA MENYUMBANG FAKTOR TERBESAR BN GAGAL DI SELANGOR...???

alt

SHAH ALAM 11 Mei - Penurunan sokongan pengundi Cina yang mendadak merupakan faktor utama Barisan Nasional (BN) gagal menawan semula Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin berkata, jentera siber pihak pembangkang telah melancarkan serangan besar-besaran bagi menyebarkan dakyah berbentuk fitnah terhadap BN secara keterlaluan.

"BN Selangor menerima keputusan PRU13 di mana menyaksikan BN Selangor tewas kepada pakatan rakyat selaras dengan demokrasi yang diamalkan di Negara ini.

"Kita mengakui keputusan PRU13 berada di luar jangkaan dimana menyaksikan sokongan dari pengundi kaum cina yang menurun dengan amat ketara," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Bangunan UMNO Selangor,  di sini hari ini.


alt

Beliau menjelaskan, hasil maklumat yang diperolehi mendapati pengundi Cina terpengaruh dengan dakyah kononnya berlaku penyelewengan melibatkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggagalkan kemenangan gabungan Pakatan Rakyat (PR).

“Maklum balas yang kita terima, pengundi-pengundi kaum cina terlalu yakin akan berlaku penipuan besar-besaran pada pilihan raya kali ini oleh pihak SPR yang melibatkan dakwat kekal dan yang kedua akan berlaku penipuan tentang pengundi-pengundi dari Bangladesh,” ujarnya. [ VIDEO DI SINI ]

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan peningkatan sokongan yang diberikan dari kalangan pengundi Melayu dan India atas kejayaan program-program yang telah dianjurkan BN Selangor.
 
alt

Katanya, pengundi Melayu telah kembali menyatakan sokongan terhadap BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tetapi  sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi kaum india meningkat dengan menggalakkan atas kejayaan program-program mesra rakyat yang telah diadakan oleh BN Selangor.

"Sokongan pengundi Melayu kelihatan telah kembali bersama kita (BN)," katanya.

Zin Mohamed juga menggesa pihak polis melakukan siasatan terhadap penyebaran dakyah-dakyah palsu tersebut  yang didakwa mempengaruhi pengundi Cina terutamanya dari kalangan golongan muda.

Pada PRU13 lalu, PR telah berjaya mengekalkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan memperolehi 44 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menguasai 12 kerusi DUN.  KLPOS

No comments:

Post a Comment