Sunday, 12 May 2013

DAP PERKAUMAN, BN HILANG BANYAK KERUSI....???


KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini adalah kerana berpunca daripada parti DAP yang perkauman, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini (semalam).

Najib berkata sekiranya tidak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut yang bermain isu perkauman menghasut pengundi, peluang untuk BN tambah kerusi pasti lebih cerah.
“Umno tak tewas, Umno tambah kerusinya kalau tidak ada DAP yang main isu perkauman ... kalau tidak kerana mereka umno boleh menang lagi banyak kerusi.
“Umno bukan parti rasis. Kita adalah parti yang sederhana,” kata Najib dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun parti ke-67 di PWTC disini.
Keputusan pilihan raya kali ini paling terburuk dalam sejarah BN sejak penubuhannya kerana walaupun masih mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat, BN hanya mendapat 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
Malah, Najib sendiri menyifatkan keputusan pilihan raya sebagai “Tsunami Cina” memandangkan gabungan parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan kerusi campuran terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar.
Walaubagaimanapun, Najib memberi jaminan BN tetap akan terus memberi layanan adil dan saksama kepada semua masyarakat berbilang kaum dan tidak akan membenarkan parti politik berkepentingan yang mahu menghancurkan negara.
“Kita akan tetap pertahan dasar adil dan saksama dalam negara ... inilah formula yang terbaik.
“Kita tak akan benarkan parti politik berkepentingan yang akan menghancurkan negara,” katanya lagi.
Tidak hanya menunding jari kepada pihak lawan, Najib juga menggesa semua pemimpin dan penyokong parti untuk menilai kesilapan atau kesalahan sehinggakan masih terdapat lagi rakyat menolak parti tersebut pada pilihan raya kali ini.
“Kita mesti muhasabah juga dan segala kelemahan mesti diperbetulkan, yang sokong kita ucap terima kasih.
“Yang tak sokong kita kena tanya, jangan kita angkuh ... kita berjaya kerana rakyat percaya,” tegas Najib di hadapan kira-kira seribu lebih penyokong yang hadir sama.
Sempena sambutan ulang tahun itu lagi, Najib juga mengingatkan kepada semua penyokong dan jentera BN bahawa rakyat adalah penentu nasib kepada kelangsungan dan kekuasaan kepada parti tersebut.
Najib berjaya mendapat mandat pertama sejak memegang jawatan perdana menteri 2009 selepas mendapat majoriti mudah pada PRU13, dibantu dengan sokongan kebanyakkan pengundi kawasan luar bandar serta deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak.
Penganalisis telah menekankan keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah “Tsunami Cina” seperti didakwa oleh Najib akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN turut hilang undi popular kepada PR - pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan. 
Baca selanjutnya : KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment