Tuesday, 14 May 2013

RAMALAN MENJADI KENYATAAN - PEMBANGKANG MAHU TRAJEDI 13 MEI BERULANG....!!!


AIDCNews – 13/05/13 – Seperti diramal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini.

Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk ‘himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah dilaporkan Antarapos hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.
Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.
Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata Anwar dan Kit Siang sengaja membangkitkan isu-isu perkauman melalui road show mereka di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.
“Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum.
“Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin,” katanya.
Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit ‘melawan’ supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru hara dalam negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan Bernama berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.
Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.
“Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau,” katanya.
Anwar semasa berceramah di Ipoh semalam meminta para penyokongnya khususnya bukan Melayu agar jangan takut dengan ‘tragedi 13 Mei’ sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan.
“Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman,” katanya dilaporkan FMT.
Ketua Umum PKR itu turut menyeru semua kaum untuk “menyelamatkan negara”, katanya, “Jika anda percaya (dalam perpaduan semua kaum), kemudian menyelamatkan negara anda, menyelamatkan masa depan anda, menyelamatkan keluarga anda. Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong.”
Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969 berkata kata-kata provokasi komunis yang melampau antara faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.
Komunis telah menyerap ke dalam Parti Buruh menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh yang dinobatkan sebagai ‘Pahlawan Merah’.
Parti Buruh diasaskan oleh Ishak Hj Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako.
Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu.
Impikasi perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu yang berlaku pada 9 Mei antara saham utama tercetusnya isu peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Baca selanjutnya, sila klik di sini
Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api menyala Malam”, Tunku Abdul Rahman menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah 13 Mei 1969.
Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2), namun prestasi parti pembangkang khususnya parti dominasi Cina menunjukkan peningkatan.

DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan 1969

Di kalangan parti pembangkang, DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi.
Ketika itu parti-parti pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan dan bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.


Parti Gerakan dan DAP yang berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dan kerana penentangan secara agresif itu menyebabkan kedua-dua parti itu disokong oleh masyarakat Cina.
Baca selanjutnya, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment