Tuesday 12 March 2013

OPS DAULAT : AWAS MUSUH-MUSUH NEGARA !!!



Alhamdulillah, setelah negara digemparkan dengan insiden pencerobohan pengganas dari Filipina yang mengaku dari “kesultanan Sulu”, akhirnya pihak berkuasa mengumumkan Sabah sebagai kawasan selamat sejak diceroboh.

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pasukan PDRM dan ATM yang siang malam bersabung nyawa mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh semangat kenegaraan yang tinggi. Semoga Allah SWT saja yang dapat membalas jasa dan bakti yang dicurahkan kalian.

Selain itu, ribuan terima kasih juga wajar diucapkan kepada Felda atas kemudahan dan persediaan logistik bagi wira-wira negara di sana, termasuk kepada wartawan dan pemimpin yang hadir memantau keadaan di sana.

Lega rasanya apabila Tan Sri Isa Abdul Samad memberitahu tentang keadaan Gugusan Felda Sahabat yang kembali beroperasi seperti biasa, membayangkan bahawa kehidupan warga peneroka di Sabah kembali tidak terjejas. Lancar memakmurkan bumi Sabah…

Walaupun keamanan negara kita terganggu buat seketika, namun rasanya majoriti rakyat Malaysia bersatu hati dalam menangani isu pencerobohan pengganas tidak bertauliah dari Filipina itu.




Kalau ada pun beberapa pihak dari parti pembangkang yang mempolitikkan keadaan, ia adalah satu “bonus” untuk Kerajaan BN kerana ternyata sikap bodoh puak-puak Pakatan Haram itu ditentang hebat oleh seluruh rakyat di negara ini.

Meskipun begitu, sebak rasa di dada apabila mengenangkan 8 anggota pasukan keselamatan kita yang terkorban di Lahad Datu tempohari. Semoga “syahid” mereka diterima Allah SWT dan dicucuri rahmat kepada roh mereka.

Kerajaan Malaysia dan Filipina sepakat mengatakan wujudnya konspirasi sulit yang menjadi dalang di sebalik insiden yang meragut puluhan nyawa ini.




Biarpun dalangnya menafikan penglibatan dalam insiden itu, saya yakin Allah lebih tahu dan tidak akan membiarkan seorang yang zalim untuk menjadi PM atau Sultan, insyaAllah. Rasanya, dia nak jadi “cikgu” pun Allah takkan izinkan…

Saya melihat, rakyat di negara ini perlu mengambil iktibar di sebalik apa yang berlaku di Sabah. Keamanan di Sabah hanya diragut untuk seketika. Namun penderitaan, kesusahan dan kepayahan jelas terasa di seluruh negara, khususnya rakyat di negeri di bawah bayu itu.

Insiden ini membuktikan bahawa semangat perpaduan, jati diri dan jiwa patriotik amat penting di negara berbilang bangsa, kaum, etnik, bahasa, budaya, agama dan adat resam ini. Kita rakyat Malaysia wajib pertahankan kedaulatan negara walau apa jua yang mendatang.

Pun begitu, insiden ini juga merupakan satu amaran keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabul kedaulatan dan keamanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Jangan ingat Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah bererti rakyatnya tidak sedia berkorban darah demi negara. Cubalah berkurang ajar seperti yang dilakukan Kiram III, nescaya binasa biarpun berbekalkan “tangkal tidak mujarab” yang diikat “di anu” pengganas yang dihantarnya!

Musuh-musuh di luar negara perlu membuka mata mereka bahawa rakyat di negara ini menolak sebarang keganasan, terutama yang melibatkan senjata. Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pengganas di negara ini.




Mengenai “pengganas yang tidak bersenjata” di dalam negara ini dan sering mencetus huru-hara, mereka juga perlu mengambil pengajaran dari insiden di Lahad Datu. Jangan ingat mereka “sahabat baik rejim Zionis Yahudi Israel” maka mereka fikir mereka diterima. Cubalah buat onar kalau berani…

Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh dengan pengkhianatan “dalaman”. Maklumat di zaman ini tiada sempadan. Jadilah “sesumpah” spesis apa pun sekali, saya yakin pihak berkuasa Malaysia dapat menghidu bau busuk “bangkai” di dalam hati mereka.




Cukuplah apa yang berlaku di Sabah. Cukuplah Kiram III saja “diajar” tentang tatacara menghormati kedaulatan negara ini. Harapan saya semoga tidak muncul pula “Si Kitul III”, “Raja Mendaliar III” atau “Omega III”. Bukan apa, buruk padahnya nanti…kan?


No comments:

Post a Comment