Tuesday 12 March 2013

MANGSA CULIK PENGGANAS SULU DIBERI WANG UNTUK BELI MAKANAN

TERKINI: Mangsa Tebusan Dakwa Pengganas Militan Sulu Miliki Wang Yang Banyak

Seorang mangsa tebusan, sewaktu ditahan baru-baru ini mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki sejumlah wang yan banyak.

Menurut Ajmain Mahmood, pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.

Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpuan kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai penduduk kampung.


Photo: Lahad Datu Up Date !!
-temuramah dengan mangsa culik pengganas kiramIII...nyaris dia nak kena penggal kepala !

'Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, separuh daripandanya memiliki senjata api seperti M16'.

'Kemudian salah seorang daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (senejis senjata tajam)'.

'Selepas itu mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang Ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan untuk membeli beras', katanya.

Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.

Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah diarahkan.

'Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.

'Semua kedai yang kami pergi tutup.... masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri', jelas Ajmain.

Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.

Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas menggunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.

Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.

'Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang berlaku....apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu ini'.

No comments:

Post a Comment