Wednesday, 6 March 2013

KESULTANAN SULU TIDAK BERHAK KE ATAS SABAH....!!!

tenterasultan

PETALING JAYA  : Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Menurutnya jika keadaan itu diguna pakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.

"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya yang dipetik Mstar Online.

Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.

Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.

"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.

Selain itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.

"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya. 


No comments:

Post a Comment