Tuesday, 5 February 2013

SEDAR DIRI DIPERBODOHKAN - SERAMAI 388 AHLI PEMBANGKANG DI BESUT SERTAI UMNO..... ALHAMDULILLAH.....

Kumpulan 250 ahli Pas bertindak keluar Pas dan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Dato' Seri Idris Jusoh, malam tadi. - Gambar dan berita oleh Mohammad Ishak.

Selepas sedar diri mereka diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang, kini semakin ramai ahli akar umbi dari Pas dan PKR di daerah Besut bertindak meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.

Tamparan paling hebat apabila 388 ahli pembangkang dari empat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Besut, mengistiharkan keluar parti dan menjadi ahli Umno.


Mereka menzahirkan niat suci menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih sempena program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Pengkalan Nyireh, dekat Kampung Raja, malam tadi.

Kemasukan beramai-ramai yang terbesar pernah diadakan itu membuktikan Umno menjadi kepercayaan dan pilihan tepat kepada penyokong Pas dan PKR yang sebelum ini mengakui ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka.

Kumpulan terbabit 250 ahli Pas dari DUN Kota Putera, Kuala Besut (83),Jertih (34) dan Hulu Besut 21 menyerahkan borang kepada Idris sambil disaksikan oleh ADUN kawasan masing-masing.

Ibrahim Mamat
Mereka ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian,Nawi Muhamad ADUN Hulu Besut, Naib Ketua Bahagian,Muhamad Pehimi Yusof (ADUN Kota Putera) dan Setiausaha Bahagian,Dr A Rahman Mokhtar,ADUN Kuala Besut.

Majlis yang turut dihadiri lebih 2,000 jemputan itu mengejutkan pembangkan g kerana ia satu petanda BN Terengganu amat kukuh dan mantap.

Ibrahim Mamat, 56, dari Kampung Lapang Kotak,yang mendahului penyerahan borang kepada Idris berkata beliau sudah 20 tahun bersama Pas dan rela meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan Pas yang sekarang terpesong jauh daripada matlamat menegakan Islam di negara ini.



No comments:

Post a Comment