Tuesday, 5 February 2013

KERAKUSAN JUARA REALITI TV - DIDAKWA ROGOL GIRLFRIEND SENDIRI....!!!

Artis Rogol Teman Wanita

Seorang penyanyi lelaki yang pernah dinobatkan sebagai juara program realiti hiburan tempatan telah ditahan oleh pihak polis pada jam 12 tengahari semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya.

Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, teman wanita artis tersebut telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol ke atas dirinya yang didakwa telah berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari.
Sewaktu insiden berlaku, mangsa dikatakan sedang berada di rumah kekasihnya dan pada ketika itu keluarga suspek tiada di rumah. Wanita tersebut turut mendakwa, dia tidak berani melawan kerana takut akan dicederakan oleh suspek.
Penahanan penyanyi ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun beliau enggan mengulas lebih lanjut berkaitan kes tersebut.
Jika didapati bersalah, suspek boleh dijatuhakan hukuman penjara selama 20 tahun serta dikenakan sebatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment